" Dengan ini dimaklumkan, Kelab Berbasikal Sungai Buaya -SBCC akan menganjurkan PROGRAM BERBASIKAL yang diberi nama "OTAI MTB CHALLENGE ROUND 2 2013" , dianjurkan khas buat para cyclist yang berumur 40 tahun ke atas.Program ini juga adalah lanjutan dari siri pertama program berbasikal yang sama pada tahun 2012 yang lalu...iaitu OTAI MTB RACE ROUND 1 pada 12hb februari 2012.
Dijangkakan penganjuran tahun ini akan menghimpunkan semula para OTAI atau pun VETERAN seluruh Malysia yang mewakili Kelab Berbasikal masing masing.
OTAI MTB CHALLENGE juga memberi peluang kepada cyclist yang inginkan cabaran berkayuh dalam kategori peringkat umur yang sama dan dapat bersaing pula diantara rakan sebaya.
TREK di Kampung Sg.Buaya ini memang mencabar tetapi kami yakin ianya mampu ditawan oleh peserta OTAI nanti.Pesekitaran Kampung Sg.Buaya ini juga amat cantik dan sesuai untuk aktiviti sukan berbasikal.
Selaku penganjur yang mempunyai pengalaman,Pengurusan SBCC akan cuba melaksanakan program tahunan ini sebaik yang mungkin berbanding anjuran yang sebelumnya.Faktor keselamatan dan kemeriahan akan dititikberatkan sepanjang masa program ini berlangsung.
Sokongan dari para OTAI untuk mengambil bahagian dan memeriahkan acara ini, diucapkan syabas dan tahniah...selamat mengharungi cabaran dalam OTAI MTB CHALLENGE ROUND 2.
"Sekian terima kasih"
--------------------------------------------------------------------------------------------
"OTAI MTB CHALLENGE ROUND 2 2013."Tarikh : 16 NOVEMBER 2013.
Lokasi : Dewan Orang Ramai Kampung Sg.Buaya.
Masa : 7.00am – 1.00pm.
Pelepasan :08:30pagi. tukar ke 8.00 PAGI atas faktor CUACA.
TREK: Trek Baru Sekitar Kg.Sg.Buaya.
JARAK: 25km -30km(20% onroad & 80% offroad).
Penyertaan Peserta : Terhad Kepada 600 peserta sahaja.
KONSEP ACARA ialah Konsep Kayuhan JAMBOREE dan masa terbaik cyclist setiap kategori akan dicatitkan.
KATEGORI.
(1) Otai A Lelaki (40–45).
(2) Otai B Lelaki (46–50).
(3) Super Otai Lelaki (50 keatas).
(4) Mama Otai Wanita (40 Keatas).
---------------------------------------------------------------------------------
BAYARAN.
Bayaran Pendaftaran RM 60.00 SEORANG*.
Peserta layak dapat seperti di bawah;
1.Peluang Memenangi Cabutan Bertuah.
2.T.Shirt Otai MTB Challenge 2013.
3.Cenderahati Peringatan.
4.Minuman Ringan Petang.
5.Beg Goodies.
6.Sarapan Pagi.
7.feeding point/water point.
8.Makan Tengahari.
9.Pelbagai jenis air minuman di garisan penamat termasuk CENDOL SG.BUAYA.
10.Makanan Santai UBI KAYU rebus cicah sambal tumis /ikan masin.
---------------------------------------------------------------------------------
ATURCARA PROGRAM:
HARI PERTAMA.
Tarikh :15hb.November2013(Jumaat)
Waktu :3.00pm-10.00pm
Aktiviti :Pengambilan Goodies.
HARI KEDUA.
Tarikh :16hb November 2013 (Sabtu)
7.00am - 7.50am.
Sarapan Pagi.
Peserta ambil kedudukan di garisan Mula.
Taklimat Ketua Marshall kepada peserta
Taging starting Check Point
Bacaaaan Doa Selamat.
"Flag Off" (Acara Bermula)
10.00am
Peserta Pertama dijangka tiba.
NonStop Water Refill dibuka
Kenduri Ubi Rebus Cicah Sambal ikan Bilis (Dibuka Sehingga Tamat Acara).
Fruit Stall Cendol Pulut (1000 Mangkuk).
11.00am
Makan Tengahari – Di Bungkus Dalam Tray Khas.
12.00am
Jangkamasa peserta terakhir tamat kayuhan
Ucapan Pengarah Acara
Ucapan Perasmian Penutupan oleh VIP
Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah
1.00pm
Acara Tamat
---------------------------------------------------------------------------------
CENDERAHATI.
Semua peserta yang menamatkan kayuhan akan dapat cenderahati seperti dibawah;
No comments:
Post a Comment